
Bagi kebanyakan orang, memancing merupakan satu aktiviti yang membazirkan masa kerana ikan boleh didapati dengan mudah dan cepat di pasar tanpa perlu menunggu lama berbanding dengan memancingnya di sungai, pantai atau laut.
Bagi sebilangan orang pula, memancing merupakan aktiviti riadah yang mendamaikan. Aktiviti ini boleh dilakukan pada waktu lapang secara santai dan dilakukan bersama-sama ahli keluarga. Memancing di tempat yang sesuai untuk seisi keluarga boleh merapatkan hubungan antara ahli keluarga kerana di samping memancing, ikan yang diperolehi boleh dibakar dan dimakan bersama-sama.
You need to be a member of Album Guru Kaunseling to add comments!
Join this Ning Network